Thursday, May 13, 2010

~InFo IsLaM-hUKuM BERciNTa ~

Salam….


Ingin sekali aku berkongsi sedikit info tentang hokum bercinta dalam ISLAM ( aku petik dari : http://www.darulnuman.com/soal/urut30.html). Jatuh cinta itu adalah SATU FITRAH bagi manusia. Namun, kita HARUS ingat bahawa CINTA mampu “MELALAIKAN” manusia…moga ALLAH sentiasa memelihara kita dari sebarang dosa yang mengundang kemurkaanNYA…

Dalam Al-Quran dalam surah Al-Nur ayat 30-31 memerintahkan kaum lelaki dan wanita Islam menutup pandangan dari perkara maksiat, menjaga kehormatan diri dan tidak boleh menzahirkan perhiasan badan kecuali yang biasa kelihatan sahaja iaitu muka dan tapak tangan bagi kaum wanita. Perasaan cinta sebenarnya adalah perasaan semulajadi yang wujud pada badan manusia. Mereka cinta kepada ayah ibu, anak, sahabat handai dan lain-lain. Islam tidak pernah melarang cinta ini, cuma yang Islam tekankan ialah teknik bercinta itu sendiri.

Jika cinta seseorang itu kepada bapa dan ibunya melebihi cinta kepada Allah dan rasulnya, jelas perbuatannya ini satu perbuatan yang bercanggah dengan nas al-Quran. Seseorang yang bercinta mengikut cara Islam begitu mudah, tidak payah sebagaimana sangkaan sesetengah pihak. Apabila hatinya berkenan kepada seseorang gadis hendaklah ia menunaikan solat hajat atau istikharan dua rakaat. Setelah keputusannya bulat kepada gadis terlibat hendaklah ia meminang gadis itu melalui ibubapanya atau secara terus kepada gadis terlibat, seterusnya melangsungkan perkahwinan.

Setelah berkahwin bolehlah suami tadi bercinta dengan isterinya sebanyak mana yang ia mahu, kerana cara ini adalah satu cara yang paling halal di sisi Allah dan syarak. Inilah satu-satu caranya bercinta dalam Islam, bukan sebagaimana yang banyak berlaku sekarang bercinta-cinta bertahun-tahun sehingga banyak berlaku perkara mungkar dan maksiat dan menjadi masalah kepada negara.

Lantaran itu, binalah hubungan dengan cara yang halal dan diredhai ALLAH. Berpada-pada ketika bercinta. Jangan biarkan nafsu menguasai diri kita..
p/s: aku sering mengingatkan diri aku mahupun juga kwan-kwan perempuanku yang lain agar sentiasa ,melihara diri dari perbuatan maksiat.

"Kasih sayang dan kemesraan sentiasa tersemat di dalam sanubari seorang wanita yang merupakan fitrah kurniaan Allah SWT. Namun, keistimewaan itu tidak cukup untuk menjadikannya Wanita Solehah jika tidak dihiasi dengan ajaran yang mulia. Hanya yang telah melengkapi diri dengan budi pekerti luhur dan keimanan yang murni akan kekal mekar sebagai bunga idaman yang menghiasi taman Syurga.Wanita Solehah akan menghiasi kehidupannya dengan fitrah kebenaran. Jika dia seorang anak, maka ia akan menjadi anak yang solehah. Jika dia seorang isteri, ia akan taat dan patuh terhadap suami. Jika dia seorang ibu, akan dicurahkan kasih sayangnya untuk anak-anak. Begitu juga sebagai hamba Allah, dia akan sentiasa tunduk dan menyerahkan diri kepada-Nya. Selanjutnya Wanita Solehah mampu menghargai dirinya sendiri dan mampu pula menjalinkan hubungan silaturrahim sesama insan”

Wallahualam....

1 comment:

nono said...

insaf jap ceramah mbey..