Salam sahabat-sahabt yang disayangi ALLAH….
Daripada Abu Hurairah ra, dari Nabi SAW, baginda bersabda yang bermaksud:
“ Tujuh orang yang dilindungi ALLAH dalam naunganNYA pada hari tidak ada naungan kecuali naunganNYA iaitu : Imam yang adil, pemuda yang selalu beribadah kepada ALLAH, orang yang hatinya sentiasa berpaut kepada masjid, dua orang yang saling cinta-mencintai kerana ALLAH, mereka bertemu dan berpisah kerana ALLAH, seorang lelaki yang diajak perempuan kaya dan cantik melakukan maksiat, lalu dia berkata, “Sesungguhnya aku takut kepada ALLAH”, seorang lelaki yang sentiasa bersedekah dengan sembunyi2 sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang telah dinafkahkan oleh tangan kanannya dan seorang yang sentiasa ingat kepada ALLAH (berzikir) di tempat yang sunyi sehingga mengalirkan air mata.
(Hadis riwayat Al-Imam Al-Bukhari)
Para Sahabat yang dirahmati ALLAH sekalian…..
Hakikat cinta dalam Islam adalah ssbuah tanggungjawab yang tidak mungkin cukup sekadar ucapan dibibir atau catatan di atas kertas, janji manis SMS, chatting dan yang seumpama dengannya. Cinta sejati haruslah berbentuk ikrar dan pernyataan tanggungjawab yang disaksikan oleh bapa wanita tersebut dan saksi-saksi yang lain bahawa lelaki itu sanggup memikul tanggungjawab sebagai seorang suami sekaligus mengambil alih kepemimpinan daripada bahu si bapa ke atas bahunya. Barulah terbukti ia benar-benar mempunyai niat yang baik dan ikhlas, serta melambangkan cinta yang suci dan bukan sekadar untuk habuan seks semata-mata. Bak kata orang, habis madu sepah dibuang…
Moga ALLAH sentiasa melindungi kita dari segala kemungkaran. Hiasilah diri kita dengan iman, dekatilah diri kita dengan ALLAH yang Maha Suci dan Sempurna.
Wallahualam…..
5 Perkara Wajib Tahu Tentang Samsung Galaxy Unpacked Januari 2025
-
1. Galaxy S25 Ultra: Serba Baharu dan Lebih Gempak! Siapa yang tak sabar
nak tahu apa yang Samsung ada dalam lengan baju mereka kali ini? Galaxy S25
Ultra ...
7 hours ago
No comments:
Post a Comment